Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Klinik Putra, Al-Ikhsan, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.
No. 2, Jalan Universiti 13, Taman Universiti, Parit Raja 86400, Batu Pahat, Johor.
Kunjungan pelajar UTHM untuk menyiapkan video Homestay
Homestay Harmoni telah dipilih oleh pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menyiapkan projek IT. Projek tersebut adalah montaj untuk homestay Parit Raja. Saksikanlah gambar dan montaj yang dihasilkan. Penghargaan untuk Cik Norshazwani, Siti Nafisah, Normizan, Siti Fadhilah, Norhafiza, Che Nurul Shuhada dan Norazrena.
Rombongan Ragbi SMK Bandar Baru Uda

Pada 29 dan 30 September 2012, Kelab Ragbi Batu Pahat dengan kerjasama JPN Johor dan JRU telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Batu Pahat 10's Bawah 13 Tahun. Kejohanan ini telah dianjurkan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sebanyak 28 buah sekolah dari pelusuk semenanjung Malaysia telah menyertai kejohanan ini.
![]() |
Sekolah yang terlibat dengan Kejohanan Ragbi 10's |
Rombongan Pencak Silat UTM
![]() |
Pasukan Pencak Silat UTM menginap di Homestay Harmoni, Parit Raja |
SERAMAI 600 pesilat mahasiswa dari dalam dan luar negara termasuk Eropah akan menyertai Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 di pusat beli belah Square One Batu Pahat pada 17 hingga 22 September ini.
Kejohanan tahunan itu anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka).
Penolong Naib Canselor UTHM, Prof Ir Dr Amir Hashim Mohd Kassim berkata, kejohanan edisi ketiga itu turut menerapkan sesi pembelajaran bersama guru seni silat Melayu asli di sekitar Batu Pahat. “Peserta, terutamanya dari luar negara seperti Eropah berpeluang mendalami ilmu persilatan daripada pengamal silat tradisional selain melawat gelanggang silat di kampung-kampung dan Muzium Silat, dua tiga hari sebelum pertandingan bermula,” katanya.
Malaysia selaku juara bertahan bagi kategori pengajian tinggi antarabangsa dicabar sembilan negara iaitu Belanda, Belgium, Brunei, Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam. “Tahun ini kami meraih sambutan baik dari universiti luar negara berbanding tahun lalu dengan hanya tiga negara asing mengambil bahagian iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand,” katanya.
“Para peserta, terutamanya dari luar negara seperti Eropah, akan berpeluang untuk mendalami ilmu persilatan daripada pengamal-pengamal silat tradisional, di samping melawat gelanggang silat di kampung-kampung dan Muzium Silat, dua tiga hari sebelum pertandingan bermula,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Katanya Malaysia selaku juara bertahan bagi kategori pengajian tinggi antarabangsa akan dicabar sembilan negara iaitu Belanda, Belgium, Brunei, Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam.
“Tahun ini kita meraih sambutan yang amat memberangsangkan daripada universiti luar negara berbanding tahun lepas, dengan hanya tiga negara asing mengambil bahagian iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand.
“Ini menunjukkan bahawa kejohanan ini boleh pergi lebih jauh dan KPT akan mengambil peluang untuk mempromosikan universiti tempatan sebagai hab pendidikan di rantau ini,” katanya. — Bernama
Nabil Azahari Art
Nabil Azahari telah menghasilkan mural untuk Tadika Ilham Sarjana, Parit Raja. Maklumat lanjut berkenaan Nabil boleh lihat di http://nabilazahariarts.blogspot.com/ atau http://nabilazahariarts.weebly.com atauwww.facebook.com/nabilazahariarts.
Kumpulan tarian Sri Rampai SK Sri Pulai
Dibimbing oleh Cikgu Rokiah. Kumpulan ini terdiri daripada 12 orang pelajar dan 6 orang cikgu pengiring. Tahniah berjaya menang tiga anugerah termasuk johan tarian Sri Rampai di pertandingan kesenian dan kebudayaan peringkat negeri Johor.
Tengah berposing sebelum berangkat ke tempat pertandingan di SK Parit Raja.
Berpakaian etnik Melanau
Tarian Sri Rampai
Tarian etnik Alu-alu Melanau
Sedang membuat latihan tarian Sri Rampai di Homestay Harmoni
Tempat menarik sekitar Homestay Parit Raja
Taman Universiti
1. Tutti Fruitti - 200 meter dari Homestay Harmoni.
2. Al-azhar Corner Parit Raja - dibuka 25jam sehari ;). 500 meter dari Homestay Harmoni.
3. McDonald's Parit Raja - 600 meter dari Homestay Harmoni.
4. Pasar Malam Taman Universiti, Parit Raja - setiap Rabu malam. Lokasi: berhampiran dengan Mc Donald's
5. 7-eleven
6. Dobi
7. Kedai Makan Pelbagai (Makanan Arab, Steamboat, Western)
8. COSWAY
9. Mini Market
Parit Raja
2. Pasaraya Wellward
3. Bank (Maybank, BSN, CIMB, Public Bank)
4. Stesen Minyak (Petronas, Esso, Shell, Mobil)
5. Kedai Kerepek
6. Baryani Best. Lokasi: No.2t, Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka Biru, Parit Raja
7. Bisik - Bisik Restaurant
8. Chicken Delight Restaurant.
9. D'impian Kopitiam. Lokasi: No. 12, Jalan Cempaka 3, Taman Cempaka Biru, Parit Raja,
10. Faa`It Nasi Ayam
11. Gazebo Seafood Restaurant
12. KMS Restaurant. Lokasi: Jalan Kristal 7, Taman Medan Kristal
13. Kompleks Niaga Parit Raja
14. Pinang Sebatang Restaurant. Lokasi: No. 5, Jalan Susur Perniagaan, Pekan Parit Raja, (Berhampiran Cimb Bank).
15. Restaurant Line Clear - Lokasi: Lorong Kurnia (Depan Petronas ) ,Jalan Kluang Parit Raja 86400 Batu Pahat Johor
16. Restoran Cuba Rasa
17. Restoran Nasi Lemak Gam (Parit Raja). Lokasi: No 3, Jalan Aked Utama, Taman Aked, 86400, Parit Raja
18. Warung Seri Montel
19. Bariani Warisi
Air Hitam
Batu Pahat
2. Carrefour - lokasi: Taman Flora Utama. Merupakan Carrefour kedua terbesar di Johor dan ke 10 di Malaysia.
3. Square One Shopping Mall - lokasi: Taman Flora Utama. Berhampiran dengan Carrefour.
4. Parkson - di dalam Square One Shopping Mall.
5. One Stop - lokasi: Jalan Rahmat, Jalan Jenang and Taman Bukit Pasir.
6. McDonald Drive Thru
7. Batu Pahat Mall
8. The Store Supermarket - lokasi: Jalan Rugayah and in The Summit.
9. Pacific Hypermarket - lokasi: Batu Pahat Mall.
10. Farson Supermarket - lokasi: Jalan Rugayah.
11. Pasaraya Nirwana Maju - lokasi: Jalan Ampuan/ Jalan Zamrud, (Taman Soga).
12. Wet World Batu Pahat

Pekan Parit Raja memang terkenal dengan hasil kampung seperti rempeyek, pisang salai, dan beraneka kerepek. Memperolehi namanya, Parit Raja adalah bersempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman pada masa dahulu. Mata pencarian penduduk di sini berasaskan kepada kegiatan pertanian, perniagaan dan nelayan. Di Pekan Parit Raja ini juga terdapat pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan masakan tempatan, barat dan mamak. Pelbagai jenis buah-buahan juga boleh di perolehi di sini.
1. KFC2. Pasaraya Wellward
3. Bank (Maybank, BSN, CIMB, Public Bank)
4. Stesen Minyak (Petronas, Esso, Shell, Mobil)
5. Kedai Kerepek
6. Baryani Best. Lokasi: No.2t, Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka Biru, Parit Raja
7. Bisik - Bisik Restaurant
8. Chicken Delight Restaurant.
9. D'impian Kopitiam. Lokasi: No. 12, Jalan Cempaka 3, Taman Cempaka Biru, Parit Raja,
10. Faa`It Nasi Ayam
11. Gazebo Seafood Restaurant
12. KMS Restaurant. Lokasi: Jalan Kristal 7, Taman Medan Kristal
13. Kompleks Niaga Parit Raja
14. Pinang Sebatang Restaurant. Lokasi: No. 5, Jalan Susur Perniagaan, Pekan Parit Raja, (Berhampiran Cimb Bank).
15. Restaurant Line Clear - Lokasi: Lorong Kurnia (Depan Petronas ) ,Jalan Kluang Parit Raja 86400 Batu Pahat Johor
16. Restoran Cuba Rasa
17. Restoran Nasi Lemak Gam (Parit Raja). Lokasi: No 3, Jalan Aked Utama, Taman Aked, 86400, Parit Raja
18. Warung Seri Montel
19. Bariani Warisi
Air Hitam
Pekan Ayer Hitam, di sini sering menjadi tumpuan pengunjung dari negeri lain apabila di pekan kecil yang terletak berhampiran Lebuhraya Utara Selatan itu menawarkan pelbagai jenis produk seramik dan bunga plastik bermutu tinggi yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa balik. Selain seramik dan pelbagai barangan perhiasan rumah serta kelengkapan hantaran pengantin, Ayer Hitam juga memiliki kawasan pelancongan berasaskan pertanian dengan adanya pusat pertanian moden terbesar di negara ini.
1. PISB - Tempat untuk memborong pasu, bunga (plastik), aksesori hiasan rumah dan lain2. Sesuai untuk mereka yang mencari kelengkapan perkahwinan seperti bunga telur, kad jemputan dan hiasan.
2. Johor Claytan Factory
3. Kedai Tembikar Ah Soon
4. Pekan Seramik Air Hitam
5. Taman Botani Johor
6. Taman Organik Zenxin
7. Tugu Peringatan Air Hitam
8. Institut Pertanian Ayer Hitam
3. Kedai Tembikar Ah Soon
4. Pekan Seramik Air Hitam
5. Taman Botani Johor
6. Taman Organik Zenxin
7. Tugu Peringatan Air Hitam
8. Institut Pertanian Ayer Hitam
9. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
10. Tropical Village Air Hitam
10. Tropical Village Air Hitam
Batu Pahat
Di Batu Pahat sangat terkenal dengan nasi baryani gam, mee bandung, asam pedas, cendol dan rojak. Jika ingin mendapatkan nasi baryani, anda perlu singgah ke "Benteng". Di mana ianya merupakan suatu tempat menjamu selera yang terkenal di Batu Pahat terletak bersebelahan Sungai Batu Pahat dan berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).Makanan yang popular di sini adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang sangat terkenal oleh penduduk setempat dan penduduk Johor.
Mee Bandung yang terkenal di sini terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat yang lebih di kenali sebagai "Mee Bandung Odean". Di Batu Pahat juga terkenal dengan masakan asam pedas dan gerai yang terkenal adalah terletak bersebelahan Pejabat Pos Batu Pahat di Jalan Rahmat. Minuman cendol yang terkenal di sini terletak di Jalan Omar yang terkenal dengan "Cendol Gelas" dan hidangan rojak yang sangat lazat.
1. The SummitMee Bandung yang terkenal di sini terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat yang lebih di kenali sebagai "Mee Bandung Odean". Di Batu Pahat juga terkenal dengan masakan asam pedas dan gerai yang terkenal adalah terletak bersebelahan Pejabat Pos Batu Pahat di Jalan Rahmat. Minuman cendol yang terkenal di sini terletak di Jalan Omar yang terkenal dengan "Cendol Gelas" dan hidangan rojak yang sangat lazat.
2. Carrefour - lokasi: Taman Flora Utama. Merupakan Carrefour kedua terbesar di Johor dan ke 10 di Malaysia.
3. Square One Shopping Mall - lokasi: Taman Flora Utama. Berhampiran dengan Carrefour.
4. Parkson - di dalam Square One Shopping Mall.
5. One Stop - lokasi: Jalan Rahmat, Jalan Jenang and Taman Bukit Pasir.
6. McDonald Drive Thru
7. Batu Pahat Mall
8. The Store Supermarket - lokasi: Jalan Rugayah and in The Summit.
9. Pacific Hypermarket - lokasi: Batu Pahat Mall.
10. Farson Supermarket - lokasi: Jalan Rugayah.
11. Pasaraya Nirwana Maju - lokasi: Jalan Ampuan/ Jalan Zamrud, (Taman Soga).
12. Wet World Batu Pahat
13. Dataran Batu Pahat
Kawasan ini dahulu lebih dikenali dengan Fountain Batu Pahat kerana terdapat sebuah air pancut pada ketika itu. Ianya telah dibangunkan dan di buka kepada orang ramai pada 17 Mei 1961. Sewaktu pengisytiharan Batu Pahat sebagai Perbandaran Batu Pahat, Fountain Batu Pahat telah diberi nafas baru dengan diberi nama sebagai Dataran Penggaram. Ini kerana ianya telah melalui proses pengubahsuaian dan dinaik taraf sebagai lapangan hiburan dan mempunyai pemandangan panorama indah serta telah dibina sebuah tugu sebagai mercu tanda Bandar Batu Pahat. Dataran ini juga dijadikan sebagai tempat pelaksanaan aktiviti sosial masyarakat bersama pemimpin setempat.

14. Tasik Y
Berhampiran Dataran Batu Pahat, terdapat sebuah tasik yang dahulunya merupakan bekas sebuah lombong dan dikenali ramai iaitu Tasik Y. Di kawasan tasik ini talah dijadikan sebagai taman rekreasi yang lengkap dengan prasarana taman permainan, alatan senaman, kawasan beriadah, pondok istirehat dan sebuah kawasan yang dilengkapi dengan batu refleksi bagi pengunjung menggunakannya. Di tasik ini juga terdapat gerai-gerai makanan dan minuman. Pada kebiasaannya penyediaan minuman ABC dan Yong Tau Foo merupakan menu popular dikalangan para pengunjung ke tasik ini. Di kawasan tasik ini juga menjadi pilihan para pengunjung dari kawasan berdekatan mahupun penduduk bandar Batu Pahat untuk melakukan riadah pada waktu petang saban hari. Pada setiap pagi hari Ahad, aktiviti yang biasa diadakan adalah senaman J-Robik sebagai pengisian kepada para pengunjung yang datang ke Tasik Y ini.

15. Pantai Minyak Beku
Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting. Perigi Batu Pahat yang terletak di Pantai Minyak Beku dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya berdasarkan sejarah lalu. Jarak di antara Bandar Batu Pahat ke Pantai Minyak Beku adalah 8 km lebih kurang 20 minit perjalanan dan jalan raya menuju ke pantai tersebut agak berliku sedikit.
16. Pantai Punggor
Pantai ini terletak di perkampungan desa yang menarik di Punggor merupakan salah sebuah kawasan di Daerah Batu Pahat. Walaupun pantainya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, Pantai Punggor menawarkan keindahan panoramanya untuk mereka yang ingin beristirehat dan cintakan kedamaian. Di persisiran pantai ini juga turut menyediakan tempat memancing.
17. BP Walk
Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP Walk juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai-gerai tersebut. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.
Siapakah Tetamu Homestay?
Homestay Harmoni, Parit Raja sesuai disewa
jika anda akan:
- Menghadiri Majlis Konvokesyen di
Institusi-institusi pengajian tinggi (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Batu Pahat, Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, MRSM Batu Pahat, Pusat Latihan Teknologi
Tinggi lanjutan (ADTEC), dan sebagainya) di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat.
- Mendaftar di IPT di sekitar Batu Pahat.
- Menghadiri majlis perkahwinan.
- Bertugas di luar kawasan sekitar daerah
Batu Pahat.
- Melancong atau melawat kawasan di daerah
Batu Pahat
- Memerlukan tempat persinggahan untuk
bertandang atau bersanggah.
- Memerlukan tempat berkumpul untuk hari
keluarga (family day) ataupun "gathering".
- Memerlukan tempat tinggal untuk cuti-cuti
umum, perayaan dan sekolah.
- Menghadiri pertandingan di sekitar Batu
Pahat.
- Sesuai untuk sesiapa yang ingin mengunjungi
tempat-tempat menarik atau membeli belah di sekitar Batu Pahat, Air Hitam dan
Parit Raja.
Rombongan pengantin Juara Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia musim ketiga
BATU PAHAT 10 Jun - Cinta 'utara dan selatan' yang terjalin sejak enam tahun lalu membawa ke jenjang pelamin hari ini buat juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-3, Nor Syafiqah Mohamed, 25, dan Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi, 27.
Majlis persandingan berkonsep dalam taman, antara Mohd. Firdaus yang berasal dari Perlis dan Nor Syafiqah berlangsung meriah di kediaman keluarga pengantin perempuan di Parit Kemang Tengah, Senggarang, di sini hari ini.
Nor Syafiqah yang masih dalam pengajian di peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektrik dan pasangannya yang merupakan jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kelantan, kelihatan segak dan menawan dalam busana pengantin gaya Inggeris rona putih gading.
Busana rekaan Dios Astana Bridal yang tetap mengekalkan ciri kemelayuan dan gaya muslimah menyerlahkan aura pengantin, sepadan dengan konsep persandingan dalam taman.
Sementara itu, Nor Syafiqah berkata, dia mula berkenalan dengan Mohd. Firdaus ketika kedua-duanya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan dia tertarik dengan ketegasan serta ciri-ciri kepimpinan pasangannya itu.
"Bagaimanapun dalam ketegasannya, abang (Mohd. Firdaus) menangis kesyukuran apabila saya memaklumkan menerusi telefon tentang kemenangan kami dalam peraduan Gerbang Cinta," katanya.
Turut hadir, Ahli Parlimen Batu Pahat yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Jaaffar Hashim; Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri, Jalaludin Abd. Aziz; Penolong Ketua Pengarang II Utusan, Ahmad Abdul Hamid dan Pengarang Mega, Aznan Bakar.
Pasangan pengantin baru bersama bersama kereta Proton Saga yang merupakan sebahagian hadiah hasil menjuarai Peraduan Gerbang Cinta Musim ke-3.
Pada hari berbahagia itu, Mohd. Puad turut meluangkan masa menepung tawar kedua mempelai manakala Jaaffar Ahmad turut makan beradat bersama pengantin selepas mereka berdua selamat diijabkabul terlebih dahulu oleh Ketua Bahagian Pengurusan Masjid merangkap Ketua Nikah Mukim 10, Arbain Idris di rumah pengantin perempuan, semalam.
Pasangan itu muncul juara daripada 10,000 peserta yang menyertai Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Musim Ke-3, sekali gus memenangi tajaan pakej perkahwinan bernilai RM100,000, sebuah kereta Proton Saga SE, wang tunai RM5,000, barang kemas, barang elektrik, set sofa dan rawatan spa.
Peraduan itu menyaksikan penyertaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai penaja utama, manakala penaja-penaja lain termasuk Mastar Catering (jamuan dan kelengkapan), Kampung Pengantin (lokasi dan jamuan) dan Precious Moments (pelamin).
Turut menaja, D'Sayang Entertainment (sistem bunyi dan fotografi), Dios Astana Bridal (busana pengantin), Afidah Khamis Makeup and Stuff (jurusolek), Sri Sutra Travel (pakej bulan madu), CJ Print (kad perkahwinan), Suri Permai Spa (rawatan spa) dan Utusan Online (laman sesawang rasmi peraduan).